Tuesday, November 23, 2010

Monday, October 18, 2010

Tema: Kenderaan Di Air

Tema ini telah di ajar pada minggu lepas.Tema ini mendedahkan kepada murid-murid jenis kenderaan di air. Gambar di bawah menunjukkan hasil kerja murid-murid membuat origami kapal. Seronoknya mereka dapat mempamerkan hasil kerja masing-masing. Melalui ini murid-murid dapat membuat ramalan tentang kapal yang dibuat samada tenggelam atau timbul.




















Saturday, October 9, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya 2010

Mungkin agak terlambat tapi selagi belum habis Syawal tetap boleh diadakan majlis ini. Pada hari semalam Jumaat 8/10/10 telah diadakan majlis sambutan hari raya untuk semua kelas di SKKKB1. Amat meriah kerana setiap kelas mengadakan kelas terbuka dan semua murid dan guru-guru boleh pergi dari kelas ke kelas untuk beraya. Saksikan gambar-gambar dibawah.













Friday, October 8, 2010

Mukadimah

Assalammualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya mewujudkan sebuah blog yang berkonsepkan pembelajaran Prasekolah. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bersama pembaca dan ibu bapa secara lebih dekat dan terbuka berkenaan pembelajaran Prasekolah. Kewujudan blog ini juga khusus bagi saya membentangkan segala pengajaran dan pembelajaran harian kelas prasekolah.